fb fb fb fb fb

Cubaan seludup burung liar, warga Indonesia ditahan

Tiga ekor burung sewah tahu disumbat dalam tiga batang paip PVC

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Seorang lelaki warga Indonesia yang cuba menyeludup burung liar dilindungi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun cubaan menyeludup haiwan terlindung yang disumbat dalam paip PVC, gagal dilakukan.

Ketua Pengarah  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim memaklumkan, ketika kejadian pegawainya mengesan bagasi milik suspek yang mencurigakan.

Suspek berusia 50-an itu mendakwa sebuah kotak yang dibawa berisi buah tangan dari Malaysia.

Namun pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan tiga ekor burung sewah tahu yang disumbat dalam tiga batang paip PVC.

Suspek direman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI