fb fb fb fb fb

Cubaan PATI untuk pulang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri

JOHOR BAHRU, 28 April - Cubaan pendatang tanpa izin (PATI) untuk keluar dari negara ini melalui jalan tidak diwartakan, khususnya di Johor, untuk pulang ke negara asal, dijangka meningkat menjelang Aidilfitri.

Susulan itu, tindakan penguatkuasaan ditingkatkan menerusi Operasi Bersepadu Maritim Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Johor (JPGN), melibatkan 14 agensi penguat kuasa, sepanjang musim perayaan.

(Menerusi Op Benteng, JPGN akan terus komited dan memperketat kawalan keselamatan di sempadan negara)

Menurut Panglima Briged ke-7 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad, ini bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara daripada sebarang pencerobohan.

“Menerusi Op Benteng, kita akan terus komited dan memperketat kawalan keselamatan di sempadan negara, terutamanya ketika perayaan Aidilfitri,” kata beliau semasa hadir operasi berkenaan.

Operasi bermula 5.30 petang hingga 10 malam semalam turut disertai Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Mohd Tarmizi Dan.

Media Baharu