KUALA LUMPUR, 15 April - Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan setakat 13 April.
Ia melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan; lapan kes masing-masing dilaporkan di Perak dan Kedah, serta enam di Selangor.
Manakala Lima kes masing-masing dicatatkan di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang; Sabah (empat); Perlis (dua) serta Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing satu kes.
Secara keseluruhan, dua kematian akibat strok haba dilaporkan.
Kematian pertama melibatkan seorang lelaki berumur 22 tahun dan kematian kedua membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun.