fb fb fb fb fb

Cuaca panas, bekalan air di Perlis mencukupi

KANGAR, 17 Mei- Kerajaan Perlis memberi jaminan bekalan air di negeri itu mencukupi walaupun cuaca panas melanda seluruh negara ketika ini.

Manakala jika ada keperluan berkaitan darurat cuaca panas, kerajaan negeri sedang meneliti keperluan membina telaga tiub bagi keperluan rakyat setempat di negeri itu.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata paras bekalan air di Empangan Timah Tasoh masih mencukupi bagi menampung keperluan semasa rakyat bagi tempoh dua bulan lagi sekiranya cuaca panas berlarutan.

Dalam masa sama, beberapa rangka kerja sedang diteliti kerajaan negeri melalui Syarikat Air Perlis (SAP) sekiranya cuaca panas berlarutan dan air tidak mencukupi.

"Kita telah membincangkan perkara itu bersama SAP agar membina telaga tiub di tempat-tempat sesuai di Perlis. Telaga tersebut akan dibina berhampiran dengan jalan raya, supaya ia mudah diangkut pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, orang ramai dinasihat menggandakan pengambilan air kosong dan mengehadkan aktiviti luar terutama ketika cuaca panas melanda negara kini.


(Dalam masa sama, beberapa rangka kerja sedang diteliti kerajaan negeri
melalui Syarikat Air Perlis (SAP) Sekiranya cuaca panas berlarutan
dan air tidak mencukupi)

Media Baharu