KUALA LUMPUR, 2 April- Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) bakal mengagihkan sebanyak 2,000 pek makanan di ruang legar KL Sentral sempena bulan Ramadan, hari ini.
Menurut Timbalan Pengarah Seksyen Ehwal Semasa RTM, Rahayu Wahid, ia merupakan antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) RTM bersama beberapa rakan strategik yang lain.
Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang program tersebut bagi menyantuni pendengar dan penonton RTM.
"Kita akan ada persembahan nyanyian daripada kita punya personaliti ada 18 personaliti yang akan hadir seperti Syafiqah, Sufi dan ramai lagi termasuk pembaca berita kita."
"Tujuh buah lagu akan disampaikan selain persembahan daripada Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman. Maka, semua orang kena saksikanlah," kata Rahayu kepada pemberita selepas Rancangan Selamat Pagi Malaysia, pagi tadi.
Penumpang Kereta Api Elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga akan diberikan pek makanan.