fb fb fb fb fb

Createpreneur 2024 cungkil bakat keusahawanan para akademik, mahasiswa

Foto RTM

ARAU, 13 Jun - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menganjurkan program Createpreneur 2024 dalam usaha mencungkil bakat serta merangsang pembudayaan keusahawanan dalam kalangan para akademik dan mahasiswa.

Program dilaksanakan hasil kerjasama strategik dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melibatkan 200 peserta, membolehkan bukan sahaja mahasiswa malah tenaga pengajar dan warga kampus turut serta dalam aktiviti keusahawan bersama-sama komuniti setempat.

Menurut Timbalan Pendaftar UiTM Cawangan Perlis Mohd Khairul Ab Razak, objektif utama program Createpreneur 2024  adalah untuk memupuk minda keusahawanan berteraskan teknologi dan inovasi serta memberikan platform kepada  mahasiswa untuk terlibat secara langsung menerusi penganjuran bazar usahawan pelajar.

"UiTM Cawangan Perlis turut menyasarkan mahasiswa yang akan menjadi usahawan dengan model perniagaan yang pelbagai pada masa akan datang menerusi jaringan program inkubasi bersama-sama industri.

"Antara intipati program Createpreneur ialah penganjuran Bazaar Createpreneur , Program Pembangunan Ejen Pemasar, New Breed Marketing Entrepreneur , Edukasi Tani serta Jualan Agro Madani yang membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana setempat menjana pendapatan," kata Mohd Khairul.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Createpreneur 2024 yang berlangsung di Kompleks Star, UiTM Cawangan Arau, di sini.

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang perlu dipupuk dan digalakkan daripada peringkat universiti untuk  merealisisaikan agenda keusahawanan negara dan pelan tindakan keusahawanan yang dirangka pihak universiti membuahkan hasil.

Program seperti itu juga menjadi serampang dua mata kepada pihak universiti dan mahasiswa yang mana usaha untuk mencapati kecermelangan berlandaskan agenda keusahawanan itu dapat dicapai dan dalam masa yang sama menerapkan minda keusahawan dalam kalangan mahasiswa, para akademik serta komuniti setempat.

TETITIA YUSOFF