fb fb fb fb fb

CPOPC platform perangi diskriminasi minyak sawit - TPM

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) pada Majlis Pertukaran Surat Niat (πΏπ‘’π‘‘π‘‘π‘’π‘Ÿ π‘œπ‘“ 𝐼𝑛𝑑𝑒𝑛𝑑 - 𝐿𝑂𝐼) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pemerintahan Provinsi Daerah Khusus Jakarta serta Pemerintah Provinsi Sumatera Barat di Jakarta hari ini/Sumber foto: Facebook Zahid Hamidi

JAKARTA, 21 April- Malaysia dan Indonesia komited memperkukuh kerjasama dalam industri kelapa sawit menerusi platform bersama iaitu Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) bagi menepis tanggapan negatif serta diskriminasi terhadap minyak sawit di peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Indonesia turut mencadangkan agar Thailand dijemput menyertai CPOPC sebagai usaha memperkukuh suara serantau dalam isu berkaitan minyak sawit.

Menurut beliau, penyelarasan strategi antara negara pengeluar utama perlu diperkukuh untuk menembusi pasaran serantau dan antarabangsa khususnya negara-negara yang memerlukan bekalan minyak masak yang stabil dan berdaya saing.

Malaysia pula menekankan kepentingan meneroka pasaran baharu termasuk China sebagai langkah mengukuhkan eksport minyak sawit negara dan mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tradisional.

Kerjasama strategik itu dijangka dapat meningkatkan daya saing minyak sawit di pasaran global serta mempertahankan kepentingan negara pengeluar utama di rantau ASEAN.

Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia selama tiga hari berakhir esok.

SITI AISHAH MD ISA