fb fb fb fb fb

COVID-19: 226 kes baharu, tiga kes import

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Sebanyak 226 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import, menjadikan angka keseluruhan jangkitan wabak itu dalam negara kepada 5,044,204 kes.

Menerusi data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kematian dicatatkan pada Selasa, sekali gus menjadikan jumlah kematian dalam negara kekal sebanyak 4,998,003 kes.

Sementara itu, kes aktif COVID-19 pula mencatatkan sebanyak 9,235 kes dengan 8,913 atau 96.5% daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Dalam pada itu, seramai 322 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital dengan empat pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 202 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,998,003 kes.

(Foto fail)

Media Baharu