Chatbot AI tidak mampu ganti sokongan emosi kaunselor

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying (kiri)/Foto RTM

PUTRAJAYA, 28 Januari – Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatBot tidak mampu memberikan sokongan emosi sewajarnya kepada individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.

RINGKASAN BERITA AI
  • AI seperti ChatBot tidak boleh meniru hubungan terapeutik berasaskan empati dan kepercayaan.
  • Kaunselor berperanan menilai dan memastikan penggunaan teknologi selari dengan etika profesion.
  • Chatbot hanya memberi maklumat informatif, bukan sokongan emosi penuh.
  • Orang ramai digalakkan menggunakan Talian Kasih 15999 untuk bantuan kaunseling 24 jam.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata hubungan terapeutik yang berasaskan empati dan kepercayaan; merupakan elemen teras yang tidak mampu ditiru oleh teknologi tersebut.

“Dalam konteks ini, kaunselor bukan sahaja berperanan sebagai pemberi perkhidmatan, tetapi juga sebagai penilai kritikal terhadap penggunaan teknologi agar ia tidak bercanggah dengan prinsip, nilai dan etika profesion kaunseling,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Profesional Kaunselor Dalam Mendepani Teknologi Kecerdasan Buatan di Putrajaya.

Hui Ying turut menyeru rakyat menggunakan perkhidmatan Talian kasih 15999 yang beroperasi 24 jam sehari bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling, bantuan mahupun bimbingan.

Dalam majlis sama, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Datin Dr Ruhani Mat Min menjelaskan bahawa aplikasi AI tidak mampu memberikan respon penuh empati sebagaimana yang diberikan oleh kaunselor berdaftar.

“Maklumat yang diberikan oleh chatbot bersifat informatif semata-mata. Dalam situasi tertentu, klien sebenarnya lebih memerlukan sokongan emosi kerana sedang berdepan cabaran peribadi.

Walaupun maklumat boleh diperoleh melalui chatbot, sokongan emosi yang sebenar dan bermakna hanya dapat berlaku melalui sesi kaunseling,” jelasya.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.