fb fb fb fb fb

Ceroboh perairan negara, 21 warga Vietnam ditahan

MERSING, 5 Oktober- Sebuah bot nelayan asing bersama 21 kru warga negara Vietnam ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing kerana menceroboh perairan negara.

Bot berkenaan ditahan di kedudukan 16 batu nautika timur laut Pulau Aur, Mersing pada pukul 12.00 tengah hari semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran, pihaknya menerima aduan daripada pemancing mengenai kehadiran bot nelayan asing disyaki dari Vietnam.

Semua kru bot berusia 17 hingga 47 tahun gagal mempamerkan pengenalan diri yang sah.

Bot dan peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan dianggarkan 3,500 kilogram dan 1,000 liter bekalan diesel dirampas serta diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut.

Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/1963.


(Bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara ditahan pada kedudukan 16 batu
nautika timur laut Pulau Aur, Mersing)

Media Baharu