fb fb fb fb fb

CelcomDigi, MPAJ jalin kerjasama bangunkan bandar pintar

Datuk Seri Amirudin Shari menyaksikan perjanjian persefahaman (MOU) antara Yang Dipertua MPAJ, Dr. Aini Ahmad dengan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Berhad, Datuk Idham Nawawi

KUALA LUMPUR, 6 Februari- CelcomDigi Bhd dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya; MPAJ menjalin kerjasama bagi membangunkan bandar pintar di Hulu Kelang, Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kolaborasi itu membolehkan kedua-dua pihak meneroka serta menyediakan penyelesaian teknologi 5G untuk ekosistem bandar tersebut.

Beliau yakin, kualiti kehidupan masyarakat di lokaliti berkenaan akan dapat dipertingkat menerusi jaringan 5G yang lebih baik.

"Kami bertekad untuk memanfaatkan usahasama ini dengan perkongsian teknologi tempatan dan global dalam membangunkan ekosistem yang diharapkan boleh menjadi model contoh yang membawa manfaat kepada rakan kongsi lain seperti majlis perbandaran dengan rangkaian penyelesaian bandar pintar yang boleh di gunapakai di lebih banyak bandar di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman membabitkan kedua-dua entiti itu bagi tempoh 10 tahun.

Usaha itu turut mencerminkan kesungguhan MPAJ membina sebuah bandar pintar, selaras hasrat kerajaan negeri untuk mentransformasi Selangor sebagai Negeri Pintar menjelang 2025.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE