KUCHING, 27 April- Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti, CBO bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperluas ke daerah Kuching dalam misi mengurangkan isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti termasuk orang kurang upaya serta mangsa keganasan rumah tangga.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri bagaimanapun berkata setakat ini belum ada tarikh yang muktamad berhubung penubuhan organisasi tersebut memandangkan proses untuk mewujudkannya agak rumit kerana melibatkan pelbagai agensi relevan di peringkat akar umbi.
Setakat ini katanya, CBO sudah ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Organisasi tersebut diiktiraf memainkan peranan penting dalam membangunkan komuniti setempat menerusi promosi penglibatan komuniti dan tindakan kolektif ahli komuniti dalam menangani masalah setempat kearah menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup.