KUALA LUMPUR, 6 Januari- Pelaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk wartawan khususnya 'stringer' atau wartawan sambilan perlu disegerakan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu bagi membolehkan semua pengamal media mendapat manfaat daripada PERKESO termasuk pencen ilat.
'Kita perlu perjuangkan dan pastikan rakan-rakan media semua merupakan pencarum (PERKESO), sama ada mereka bekerja secara sepenuh masa atau separuh masa.
"(Jadi) kita perlu usaha pada kadar segera untuk caruman yang membolehkan juga pencen penakat (dan) pencen ilat.
"Insya-Allah saya akan teruskan (usaha) dan minta rakan-rakan seperti WHAM dan beberapa persatuan lain meneruskan perbincangan (caruman) serta cari penyelesaian segera supaya rakan-rakan 'stringer' dapat manfaat daripada PERKESO," katanya.
Fahmi ditemui pemberita selepas menziarahi keluarga wartawan hiburan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media, Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin di Ampang, sini, hari ini.
Turut menziarah keluarga Allahyarham adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya yang juga penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.
ARTIKEL BERKAITAN
Fahmi serah sumbangan kepada keluarga Fiza Kamarudin
Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin selamat dikebumikan
Fiza Kamarudin meninggal dunia akibat pendarahan otak