fb fb fb fb fb

Capaian 5G: Mesyuarat jawatankuasa khas diadakan 3 April ini - Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Satu menyuarat jawatankuasa khas berkenaan rangkaian kedua 5G yang dipengerusi bersama Ketua Setiausaha (KSU) Perbendaharaan dan KSU Kementerian Komunikasi akan diadakan pada 3 April ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu bagi membincangkan beberapa perkara yang membolehkan negara terus maju ke depan.

Beliau berkata, antara perkara yang perlu dibincangka ialah penyertaan wakil daripada syarikat-syarikat telco sebagai barisan lembaga pengarah untuk Digital Nasional Berhad (DNB).

"Keputusan yang perlu dibuat, contohnya telco mana yang akan masuk dalam rangkaian kedua, telco mana yang kekal bersama DNB, ini akan diputuskan selepas pada itu.

"Alhamdullilah, saya lihat perbincangan saya sendiri dengan telco-telco adalah positif dan berjalan dengan baik. Sekarang kita perlukan satu mesyuarat yang formal untuk diadakan, selepas itu kita akan ada beberapa pengumuman, insya-Allah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis Forum Perdana Nuzul Al-Quran di Pantai Dalam di sini.

SITI AISHAH MD ISA