PUTRAJAYA, 7 Februari- Calon Yang Dipertua Dewan Negara telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Beberapa nama telah diusul bagi menggalas jawatan tertinggi badan legislatif negara itu.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perincian mengenainya akan dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya serahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon tersebut sebelum Dewan Negara bersidang pada pertengahan Mac depan,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya.
Yang Dipertua Dewan Negara sebelum ini disandang Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum meletak jawatan pada 19 Januari lalu untuk menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.