(Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)
KULIM, 30 Julai - Semua calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum DUN ke-15 (PRU DUN ke-15) perlu mengaplikasikan ‘kewartawanan peranti' (MOJO) sepanjang tempoh berkempen.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan satu pendekatan baharu yang dilakukan selaras dengan kemajuan teknologi digital.
"MOJO ini adalah kami panggil 'mobile journalism' makna kalau saya jadi calon ini, program sekarang ini saya perlu rakamkan atau saya rakamkan secara langsung.
"Dengan sendirinya kandungan dibina dan kandungan ini dihantar ke bilik kawalan kami untuk kita paparkan keseluruh DUN berkenaan," kata Saifuddin kepada media pada Program Ceramah Isu Semasa PRN, di sini semalam.
Tambah beliau, melalui MOJO calon dapat memanfaatkan platform media sosial dan digital untuk strategi kempen mereka selain menarik sokongan pengundi, terutamanya generasi muda.
Saifuddin turut menasihatkan calon PH agar terus memperkenalkan diri dan mendekati pengundi seramai yang boleh sepanjang tempoh berkempen tanpa memainkan isu-isu sensitif.
(FOTO HIASAN)