fb fb fb fb fb

Calon dan petugas PRU DUN ke-15 digalak utamakan kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Ogos- Calon dan petugas PRU DUN ke-15 digalakkan menggunakan pelitup muka dan melaksanakan kawalan kendiri sekiranya mempunyai gejala influenza.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa usaha itu bagi mengekang penularan penyakit berjangkit berkenaan terutamanya dalam tempoh berkempen.

"Influenza ini merupakan penyakit berjangkit dan selalunya bagi mereka yang ada gejala perlu segera untuk mendapatkan rawatan, selain melakukan kawalan kendiri.

"Pemakaian pelitup separuh muka semasa berkempen juga mampu menghalang jangkitan tersebut. Kita juga galakkan mereka untuk melakukan ujiang kesihatan kendiri. Semua bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat sekelliing termasuk calon pilihan raya," katanya dalam sidang media selepas sesi perjumpaan bersama Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian
Kesihatan (MAPSU KKM) di Putrajaya.

Antara gejala influenza adalah demam, sakit badan, kerap bersin, hidung berair, sakit tekak, batuk dan sakit kepala.

(Zaliha Mustafa)

Media Baharu