TASEK GELUGOR. 29 Julai- Kebajikan masyarakat, pendidikan dan pembangunan perumahan.
Itu antara isu yang difokuskan calon BN DUN Sungai Dua, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin untuk penduduk di kawasan berkenaan.
Sekiranya diberi peluang, beliau akan memastikan kebajikan penduduk Sungai Dua terbela terutamanya apabila bekerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan, menerusi hubungan kerajaan perpaduan yang telah terjalin.
"Terutamanya isu-isu pendidikan. Sebenarnya banyak anak-anak di sini datang daripada keluarga miskin yang perlu dibantu. Saya akan cuba mudahkan proses untuk anak-anak di sini untuk pergi lebih jauh dalam pelajaran. Perumahan terutamanya rumah mampu milik, kita tak banyak tanah di sini tetapi dengan menggunakan agensi-agensi Persekutuan dan negeri saya akan cuba membangunkan sebanyak mungkin projek-projek perumahan mampu milik di Sungai Dua," kata Shaikh Hussein kepada media di sini.
DUN Sungai Dua, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Shaik Hussein dengan Muhammad Fauzi Yusoff calon PN.
(Calon BN DUN Sungai Dua, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin)