KUALA LUMPUR, 18 Januari- Cadangan memperluaskan pemberian Baucar Buku MADANI kepada golongan guru disambut baik.
Ia secara tidak langsung meningkatkan kompetensi dan keupayaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES), Mohd Aziziee Hasan berkata, cadangan ini bertepatan dengan profesion penguruan yang menuntut kepada budaya menambah ilmu.
"Langkah ini satu pengiktirafan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kepada warga pendidik. Ini menunjukkan keprihatinan warga pendidik untuk menyemarakan budaya membaca di kalangan guru.
"Ini dapat diterjemahkan kepada murid-murid supaya budaya membaca dapat direalisasikan di peringkat tunjang pendidikan iaitu warga pendidik dan diperluaskan kepada peringkat yang bawah iaitu murid-murid.
"Saya rasa secara tidak langsung bertepatan dengan hasrat kerajaan hari ini untuk meningkatkan kualiti ilmu dan juga pengajaran dan pembelajaran kepada warga pendidik", katanya.
Beliau berkata ketika dihubungi Berita RTM.