fb fb fb fb fb

Kukuh penguatkuasaan dasar kalimah Allah satu keputusan matang

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Sebarang cadangan yang akan dipersembahkan oleh Jemaah Menteri kepada Majlis Raja-Raja bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar kalimah Allah disifatkan satu keputusan matang.

Demikian dinyatakan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Jelasnya, rakyat juga perlu mendokong prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara agar perpaduan dan kehormanian dapat diperkukuh.

"Kerajaan ini telah berada dalam 'track' yang betul, cuma pastikan jangan terkeluar daripada 'track' itu, dalam kes ini jangan emosional, jangan maki hamun, jangan kaitkan isu ini dengan kepartian kerana ini isu negara yang semua orang perlu sama-sama mempertahankan, kalimah Allah tidak boleh disalahgunakan oleh penganut agama lain sewenang-wenangnya, selagi dipertahankan tidak timbul segala kekeliruan,"jelas beliau.


(Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus)

Pandangan ini turut disokong Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz.

"Kita menyambut baik cadangan Perdana Menteri bersama kabinet untuk mempersembahkan cadangan yang lebih baik kepada Majlis Raja-Raja berhubung dengan cadangan memperkuat undang-undang penguatkuasaan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya di Semenanjung.

"Jadi kita mengharapkan supaya dalam konteks Kerajaan Madani ini mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan yang hak, serta yang paling penting dalam konteks normal pengamalan Islam," menurut beliau.

Media Baharu