Bypass Bukit Pasir dijangka siap September 2027

Foto FB Mohamad Fazli Mohamad Salleh

MUAR, 1 Februari – Projek Bypass Bukit Pasir, Muar dijangka siap pada September tahun hadapan dan bakal menjadi laluan alternatif dari Pekan Bakri serta Bandar Muar ke Tol Pagoh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek Bypass Bukit Pasir dijangka siap September 2027 sebagai laluan alternatif ke Tol Pagoh.
  • Pembinaan melibatkan jalan baharu dari Sungai Terap ke Paya Panjang dan naik taraf persimpangan J141 dan J32.
  • Dimulakan Julai 2024 dengan peruntukan RM19 juta untuk kurangkan kesesakan dan galak perkembangan ekonomi setempat.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek berkenaan melibatkan pembinaan jalan baharu dari Sungai Terap ke Paya Panjang.

“Selain itu, kerja menaik taraf jalan sedia ada di Persimpangan laluan J141 (Jorak) dan J32 (Paya Panjang) turut dilaksanakan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau, projek yang bermula Julai 2024 dengan peruntukan sebanyak RM19 juta dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Pekan Bukit Pasir.

“Ia juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan setempat,” katanya.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan