fb fb fb fb fb

Buru Jho Low guna kaedah 'Red Notice'

(Foto menunjukkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai
pada Disember 2019, menguatkan spekulasi bahawa lelaki itu masih bersembunyi di China.)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kaedah 'Red Notice' yang telah dikeluarkan Polis Antarabangsa, INTERPOL adalah lebih baik.

Demikian tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkaitan kaedah memburu Low Taek Jhow atau Jho Low.

Jelas beliau, ia menggunakan eleman kerjasama dan maklumat perisikan yang lebih tepat.

Kaedah itu juga memerlukan mana-mana 195 negara anggota yang mempunyai maklumat berkaitan Jho Low bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada Malaysia bagi membolehkan tindakan ekstradisi dibuat.

Setiap maklumat yang diterima mengenai keberadaan Jho Low di negara asing sentiasa diteliti kesahihannya oleh pihak PDRM.

Ia termasuk menggunakan saluran kerjasama pihak berkuasa di negara berkenaan berdasarkan saluran antarabangsa sedia ada dan bersandarkan kepada hubungan baik serta kerjasama dengan pihak berkuasa negara asing.

Beliau menjawab secara bertulis pertanyaan ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng.


(Jho Low)

Media Baharu