fb fb fb fb fb

Buku 'The Humble Giant: A Story of Humanity', tekankan pengurusan kewangan

Buku itu dapat memberi inspirasi kepada pelbagai lapisan masyarakat.

MARAN, 7 Jun- Sebuah buku bertajuk 'The Humble Giant: A Story of Humanity' dihasilkan bersempena 18 tahun penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK).

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata ia aspirasi daripada sebatang pokok tualang berusia lebih 500 tahun, yang tumbang pada Januari lepas di Kampung Kuala Wau, Maran.

Buku itu dapat memberi inspirasi kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Sekali gus menekankan falsafah kebijaksanaan pengurusan kewangan demi masa depan.

"Jadi tujuan kita mengadakan projek ini adalah ini sebagai satu simbolik kepada AKPK... sesuai dengan sambutan ulang tahun kami.

"Jadi ia menceritakan AKPK sebagai satu organisasi yang besar, yang kita mataforakan sebagai sebuah pokok yang beri perlindungan dan manfaat kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas majlis Kelestarian Masyarakat melalui Kefahaman Kewangan: Penanaman Semula Pokok Tualang di Kampung Kuala Wau di sini.

Tambahnya, AKPK berdedikasi untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pengurusan kewangan yang kukuh bagi menghadapi ujian kehidupan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM