KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir meluangkan masa ke Majlis Pelancaran Buku 'Anwar Triumphs: The Ascent of Malaysia's 10th Prime Minister Against All Odds' di ibu negara hari ini.
Ketibaan beliau diiringi isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta tetamu kehormat yang lain.
Dalam majlis itu, penulis buku Mark Trowell turut berkongsi pengalaman bermula dari awal perjuangan reformasi sehingga Anwar bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Penghargaan turut diberi kepada Datuk Seri Wan Azizah atas perjuangan politik yang sentiasa disamping Perdana Menteri dan para penyokong parti.
Buku 'Anwar Triumphs' menjejak kembali kisah perjuangan Anwar serta pergolakan politik tanah air ketika itu.
Karya berkenaan menjadi bukti kekuatan dan ketabahan sebuah negara berdaulat, sekali gus memperlihatkan kecekalan seorang pemimpin berjiwa besar demi masa depan negara dan rakyatnya.