fb fb fb fb fb

"Bukan masa sesuai umum kekosongan kerusi" - Mohd Puad

Mohd Puad Zarkashi

KLUANG, 2 Ogos- Kekosongan kerusi Dewan Negeri (DUN) Mahkota di Kluang akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Speaker Dewan DUN Johor, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkara itu akan diteliti dalam masa terdekat.

Menurutnya, ketika ini, masih terlalu awal untuk mengumumkan kekosongan kerusi tersebut.

Ia bagi menghormati pemergian Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang meninggal dunia, hari ini.

"Sebenarnya tak sesuai untuk saya cakap tentang itu (kekosongan kerusi) sekarang, bagi menghormati keluarga Allahyarham.

"Tetapi oleh kerana hari ini dan esok pejabat (DUN Johor) tutup, jadi Ahad saya akan masuk pejabat, untuk teliti lebih lanjut.

"Kekosongan kerusi akan dimaklumkan kepada SPR dengan segera dan tindakan susulan akan diumumkan selepas itu," katanya kepada pemberita di sini.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM