fb fb fb fb fb

Budaya rasuah tidak boleh dipandang ringan, perlukan usaha keras - Anwar

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Mei- Usah membanteras gejala rasuah yang menyebabkan kerugian ratusan bilion ringgit kepada negara disifatkan sebagai satu pertarungan dahsyat berikutan berdepan pelbagai tohmahan, serangan serta melibatkan isu keselamatan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim budaya rasuah tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan usaha keras, selain undang-undang kukuh serta tekad politik yang jelas untuk membanterasnya.

"Jadi..sebab itu, saya hadir untuk memberikan dokongan bagi pihak kedua-dua Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang ada untuk menzahirkan pendirian kita, bukan sekadar meluncurkan satu lagi strategi.

"Kalau lihat sejak merdeka berapa puluh strategi dah ada, berapa puluh rancangan dah ada, berapa banyak pelan dah ada, peguam negara, berapa banyak undang-undang telah dipinda walhal hasil rasuah masih membengkak dan merebak," katanya semasa berucap merasmikan Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini.

Jelasnya lagi, Malaysia memerlukan kesungguhan dan tekad ikhlas bagi memerangi rasuah memandangkan ia merupakan satu dasar yang perlu bagi menyelamatkan negara dan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata tiada syarikat yang berdaftar di Israel menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC).

Anwar menegaskan kerajaan kekal berpendirian tidak membenarkan mana-mana syarikat yang berdaftar di Israel untuk terlibat dengan sebarang kegiatan di negara ini termasuk kapal dagang Israel, Zim.

Jelasnya sebelum ini kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membenarkan kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel, Zim Integrated Shipping Services untuk berlabuh di Malaysia sebelum dibatalkan kebenaran menerusi Kerajaan Perpaduan.

"Yang benarkan 2002 itu Mahathir bawa Zim, kita dah batalkan.

"Ingat 2002 yang membenarkan kapal Israel masuk itu adalah Mahathir, masa dia (Mahathir) jadi Perdana Menteri.

"Dia bagi alasan apa pun..kemudian diteruskan sehinggalah saya batalkan, Jemaah Menteri batalkan.. dan itu pendirian kita. tidak diizinkan," kata Anwar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM