fb fb fb fb fb

Budaya membaca rakyat Malaysia semakin meningkat - Kajian

Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR, 30 November- Kajian Profil Membaca yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati kadar pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada dua naskah buku setahun pada tahun 2005 kepada 15 naskah buku setahun pada 2014.

Sementara itu, bagi tempoh 2022 sehingga tahun ini, naskah yang dibaca terus meningkat kepada 24 naskah setahun.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, ia hasil pelaksanaan pelbagai program pemerkasaan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Insiatif berkenaan termasuk program U-Pustaka yang menawarkan 22 pengkalan data yang menawarkan lebih 900,000 judul koleksi digital yang boleh diakses setiap hari menerusi E-Buku, E-Corner, E-Suratkhabar, E-Pembelajaran, E-Komik dan memperkasakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta pemberian baucar untuk membeli buku.

"Antara tindakan pemerkasaan Perpustakaan Negara Malaysia yang dilakukan sepanjang beroperasi lebih 50 tahun adalah untuk menjadikan Malaysia negara maju, berbudaya tinggi menerusi program galakan membaca dan literasi maklumat.

"Dan sepanjang Januari hingga ke Oktober tahun ini, sebanyak 63,406 program telah dilaksanakan dengan penyertaan keseluruhannya sebanyak 2.1 juta orang," katanya di Dewan Negara hari ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA