fb fb fb fb fb

Buat aksi berbahaya, enam lelaki ditahan di Johor

FOTO PDRM

JOHOR BAHRU, 12 Mac- Enam lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan di lima lokasi berasingan di sini, Johor sekitar Jalan Skudai Pantai Lido, Jalan Ibrahim, Jalan Stulang Laut, Lebuhraya EDL dan Lebuhraya Utara Selatan dari 8 Mac lalu hingga semalam.

Mereka dipercayai melakukan aksi berbahaya di jalan awam sehingga mendatangkan kekacauan kepada pengguna jalan raya lain. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 17 hingga 30 tahun. 

Polis turut menyita sebanyak 67 buah motosikal, manakala 150 saman POL 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi berkenaan.

Operasi itu dijalankan bagi membendung kegiatan samseng jalanan di lokasi terbabit yang merupakan titik panas untuk melakukan aksi berbahaya itu. 

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

1203 TAHAN AKSI BERBHAYA
FOTO PDRM

SITI AISHAH MD ISA