fb fb fb fb fb

Brigedier Jeneral Mohd Sauffi Omar dilantik sebagai Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia ke-40

FOTO Markas 3 Briged

KUCHING,31 Mei- Brigadier Jeneral Mohamad Sauffi Omar dilantik sebagai Panglima Bridged Ketiga Infantri Malaysia Ke-40.

Menurut kenyataan media daripada Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Mohamad Sauffi kini mengambil alih tanggungjawab Pemangku Panglima, Kolonel Mohamed Rosly Darasid dalam satu majlis serah terima tugas di Kem Penrissen.

Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Briged ketiga Infantri Malaysia Ke-40 telah dilaksanakan di Padang Kawad Rejimen Keempat Kor Armor Diraja, Kem Penrissen pagi tadi disertai seramai 15 pegawai dan 256 anggota lain-Lain pangkat yang diketuai Timbalan Komander 511 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mazlan Besar.

Acara dimulakan dengan memberi Hormat Panglima kepada Pemangku Panglima, Kolonel Mohamed Rosly Darasid diikuti Hormat Panglima kepada Panglima Tiga Briged Ke-40, Brigadier Jeneral Mohd Sauffi Omar.

Majlis diteruskan dengan ketibaan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis yang menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Serah Menyerah dan Tongkat Kuasa antara Kolonel Mohamed Rosly Darasid dan Brigadier Jeneral Mohd Sauffi Omar.

Brigadier Jeneral Mohd Sauffi yang dilahirkan pada 1 September 1971 merupakan anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor dan berkhidmat selama 34 tahun dalam Tentera Darat.

Sarawak bukanlah asing kepadanya kerana beliau pernah berkhidmat di Bumi Kenyalang sebagai Ketua Platun di 4 Rejimen Renjer Diraja, RRD pada tahun 1993, Pegawai Staf 3 Atur Turus Markas 3 Briged pada tahun 1995 dan Pegawai Memerintah 3 RRD pada tahun 2013.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE