fb fb fb fb fb

Bonda Sultan Mizan mangkat 3.19 pagi tadi

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Bonda Sultan Terengganu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Non Alsagoff Abdillah mangkat pada 3.17 pagi Khamis di Kuala Lumpur.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar menerusi kenyataan berkata jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Mahmud pada 2.44 petang tadi dengan pesawat khas dari Kuala Lumpur.

Kemudian jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Makam DiRaja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang sekitar 4 petang untuk istiadat pemakaman.

Susulan itu, Tuanku Mizan Zainal memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari mulai hari ini hingga 7 Ogos.

"Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syaqiyyyah, mulai 8.15 malam ini," katanya.

Media Baharu