fb fb fb fb fb

Bon Odori eratkan hubungan Malaysia dan Jepun - Duta Takahashi

(FOTO BERNAMA)

SHAH ALAM, 17 Julai - Festival tahunan Bon Odori yang telah dianjurkan hampir setengah abad di negara ini adalah usaha untuk mempromosi dan mengeratkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun.

Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi berkata Festival Bon Odori ke-46 yang diadakan semalam adalah bukti hubungan dua hala yang mesra yang dinikmati oleh kedua-dua negara.

(FOTO BERNAMA)

“Jepun sangat menghargai kepelbagaian budaya dan toleransi Malaysia. Kepelbagaian dan toleransi itu telah menggerakkan usaha untuk mempromosikan hubungan dua hala dalam semua aspek termasuk Festival Bon Odori ini.

“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun serta sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, Malaysia. Jawatankuasa penganjur Bon Odori berharap upacara ini menjadi satu lagi peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan rakyat Jepun dan Malaysia,” katanya pada sidang media Festival Bon Odori ke-46, di sini.

Tambah Takahashi, kira-kira 1,500 syarikat Jepun melabur di Malaysia dengan menawarkan peluang pekerjaan serta menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara.-BERNAMA

Media Baharu