KANGAR, 4 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim Tengkujuh dengan menumpukan kepada 4619 lokasi hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh negara tahun ini.
Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk TS. Nor Hisham Mohammad, data dari Pusat Ramalan menunjukkan jumlah lokasi banjir pada tahun ini berkurang berbanding tahun lepas.
Bagaimanapun, sebagai persiapan awal, JBPM akan mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di Pusat Gerakan Operasi mengikut situasi semasa banjir.
"Monsun Timur Laut akan sampai pada 5 haribulan November, sebagaimana dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Metrologi Malaysia, Dr Hisyam.
"Daripada pemakluman itu, secara asasnya bomba telah mengambil langkah awal termasuk mengadakan beberapa tindakan bagi kita menghadapi bencana ini," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Integriti JBPM di sini, hari ini.
Program berkenaan turut di hadiri oleh semua wakil JBPM seluruh negara.