KUCHING, 7 Februari- Pasukan bomba berjaya menyelamatkan cubaan membunuh diri seorang pemuda berumur 21 tahun lewat malam tadi di Tabuan Jaya.
Menurut Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Muhammed Mirza Dzzalmira Miraj, mangsa dikatakan cuba terjun dari tingkat empat sebuah flat dalam insiden pukul 11.00 malam itu.
"Mangsa bertindak agresif sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepalanya sebelum bertindak terjun dari tingkat tiga.
"Bagaimanapun mangsa terjatuh di atas sebuah kenderaan yang diparkir di bawah flat terbabit," kata Mirza dalam satu kenyataan malam tadi.
Mangsa berjaya ditenangkan hasil pujukan pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak pasukan perubatan untuk rawatan.