fb fb fb fb fb

Bom 125kg ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Bom seberat 125 kilogram yang ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

KOTA BHARU, 29 Januari- Bom seberat 125 kilogram yang ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Bom tersebut dimusnahkan pada pukul 3.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud menerusi satu kenyataan berkata, bom jenis Aerial dengan ukur lilit 82.2 sentimeter (cm) dan 98cm panjang itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.

“Kita terima laporan berkaitan penemuan satu objek menyerupai bom di tapak pembinaan berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek itu merupakan satu unit bom,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata tiada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu dilakukan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE