fb fb fb fb fb

Boikot berpada-pada, jangan mudaratkan diri dan keluarga- Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Naim Mokhtar

KAJANG, 9 November- Orang ramai dinasihatkan supaya kaji terlebih dahulu produk yang ingin diboikot supaya tidak membebankan orang lain, memudaratkan diri sendiri dan keluarga.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Naim Mokhtar, tidak salah jika ingin bersolidariti untuk memboikot produk Israel, namun harus semak atau periksa sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

Datuk Naim juga turut menyelar kejadian tular yang membaitkan seorang suami yang menyalahgunakan lafaz taklik hanya untuk menunjukkan solidaritinya bersama rakyat Palestin yang viral di media sosial baru-baru ini.

"Kita tahu bahawa boikot ini akan memberikan tekanan, kesan dia tu memang besar melibatkan syarikat tersebut, akhirnya ia akan melibatkan pekerja sebab bila syarikat itu terkesan dengan boikot tersebut, akhirnya dia terpaksa buang pekerja.

"Jadi dalam konteks inilah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan penting untuk masyarakat tabayyun, itu yang paling penting sebelum kita nak boikot tadi kita perlu pastikan keterlibatan syarikat-syarikat tersebut, jadi kita bimbang kes-kes yang sebegitu menjadikan wanita, isteri sebagai mangsa dalam percaturan apa sahaja, jadi sebab itu nasihat saya kita perlu jaga sentiti kemuliaan perkahwinan itu,"katanya.

Beliau telah juga memaklumkan kepada Mufti Wilayah untuk mengeluarkan satu garis panduan berkenaan isu boikot dan akan siap dalam masa terdekat.

Datuk Naim berkata demikian selepas merasmikan Seminar Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) siri 6 bagi tahun 2023 di Universiti Islam Selangor.

Program yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk kali yang ke-6 itu telah mengangkat tema kesukarelawan bagi menyediakan golongan belia yang mampu berbakti kepada masyarakat.

Menurut Datuk Naim, selain membantu masyarakat di Malaysia, program berkenaan bertepatan dengan situasi yang berlaku di Gaza, di mana peranan sukarelawan sangat diperlukan.

Dalam pada itu, Datuk Naim juga berkesempatan meluncurkan buku “Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat” terbitan YADIM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE