fb fb fb fb fb

BNM-BOT meterai MoU keselamatan siber & perlidungan penipuan digital

Foto Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 April- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh usahasama dalam keselamatan siber dan perlindungan penipuan digital.

Dalam kenyataan bersama, BNM dan BOT juga menyifatkan inisiatif dapat menggalakkan hubungan kerjasama lebih erat antara dua bank pusat itu yang membolehkan perkongsian maklumat, bina upaya dan pertukaran amalan terbaik yang lebih berkesan.

MoU ditandatangani Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Gabenor BOT, Dr Sethaput Suthi-wartna-rueput.

Dokumen itu menegaskan komitmen BNM dan BOT untuk meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan siber dan memperkukuh pertahanan siber industri kewangan kedua-dua negara.

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, BNM terus komited untuk meningkatkan daya tahan institusi kewangan negara dan memantapkan perlindungan pengguna kewangan terhadap ancaman siber semasa yang baharu muncul.

"Usaha sama dengan Bank of Thailand ini akan memperdalam kerjasama kami berhubung dengan keselematan siber dan pembanterasan penipuan digital", katanya.

Sementara itu, Dr Sethaput pula berkata, MoU itu mencerminkan komitmen BOT untuk bekerjasama dengan BNM bagi memperkukuh keselamatan siber dan memerangi penipuan digital.

“Kerjasama erat dan perkongsian pengetahuan adalah sangat penting untuk menangani ancaman siber yang semakin canggih", katanya.

ROSLINA BINTI DIN