BN tidak campuri urusan dalaman parti politik lain

BN tidak campuri urusan dalaman parti politik lain.

SERI MANJUNG, 21 Februari – Barisan Nasional, BN menegaskan tidak berhasrat mencampuri urusan dalaman mana-mana parti politik yang sedang berdepan kemelut ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • BN tidak mahu mencampuri urusan dalaman parti lain, biarkan kepimpinan menentukan keputusan mereka sendiri.
  • BN menekankan ruang untuk parti menyelesaikan isu dalaman dan merangka hala tuju masa depan.
  • UMNO fokus memperkukuh kedudukan parti dan meningkatkan kekuatan organisasi.
  • UMNO memantau perkembangan secara berhati-hati demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebarang keputusan dan langkah yang ingin diambil parti berkenaan wajar ditentukan oleh kepimpinan mereka sendiri tanpa campur tangan pihak luar.

Menurut beliau, pada peringkat ini adalah lebih wajar memberi ruang kepada parti tersebut menyelesaikan isu dalaman serta merangka hala tuju masa depan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan mengenai kemungkinan penyertaan bekas ahli BERSATU sekiranya mereka berminat menyertai UMNO.

Tegas beliau, tumpuan UMNO ketika ini adalah memperkukuh kedudukan parti serta meningkatkan kekuatan organisasi.

Beliau berkata UMNO sedang memantau perkembangan semasa dan akan terus menilai situasi secara berhati-hati demi memastikan kestabilan politik serta kepentingan rakyat terus terpelihara.

Datuk Seri Dr Zambry berkata demikian selepas menyantuni pesakit sempena Ramadan dan Tahun Baharu Cina 2026 di Hospital Seri Manjung, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi diiringi Pengarah Hospital Seri Manjung, Dr. Gridhari Nath Gingaiah melawat wad perubatan dan mengedarkan sumbangan kepada pesakit, pelawat dan warga hospital.