fb fb fb fb fb

BN Terengganu sasar akan bangkit pada PRU akan datang - Zambry

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 15 Jun- Barisan Nasional (BN) Terengganu sasar akan kembali bangkit pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 
Dengan tonik kepimpinan baharu, strategi itu bakal membuahkan satu keputusan yang lebih baik.
  
Keyakinan itu dilontarkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berdasarkan semangat kepimpinan yang ditunjukkan ahli pimpinan parti serta gerak kerja yang tersusun.
 
"Saya yakin dengan semangat yang ditunjukkan mereka, dengan gerak kerja yang baik dan tersusun. Insya-Allah pada pilihan raya akan datang mereka akan memberi saingan yang baik dan kuat."

"Dengan semangat yang ditunjukkan melalui kepimpinan yang baharu di Terengganu ini, saya yakin ia akan membuahkan hasil yang baik," kata Dr. Zambry dalam ucapannya sempena Perasmian Pembukaan Konvensyen BN Terengganu serta Gimik Sambutan Ulang Tahun BN ke-50 di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu.

Turut hadir dan memberi ucapan aluan, Pengerusi BN Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Pada konvensyen itu, beberapa slot diatur seperti pembentangan laporan kaji selidik strategi oleh Pengarah Strategi UMNO Terengganu, Datuk Dr. Din Adam, diikuti diskusi ilmiah bersama pemimpin, dan penggulungan wakil parti.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM