fb fb fb fb fb

Biden desak percepatkan rundingan gencatan senjata dan pembebasan tebusan perang

Presiden AS, Joe Biden (kanan) bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi (kiri)ketika pertemuan di Jedah /Foto Reuters

WASHINGTON, 30 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin menggesa pemimpin Mesir dan Qatar untuk menggembleng usaha bagi membebaskan tebusan perang di tangan pejuang Hamas yang didakwa menjadi halangan kepada gencatan senjata serta-merta dan bantuan bagi penduduk Gaza, kata Whie House.

Sumber yang rapat dengan Hamas memberitahu AFP bahawa delegasi kumpulan itu berminat untuk bertindak "secepat mungkin" kepada cadangan berkenaan.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken, berkata beliau berharap Hamas akan menerima tawaran tersebut yang disifatkannya sebagai "luar biasa pemurah di pihak Israel."

Perjanjian itu termasuk "gencatan senjata 40 hari yang berterusan" disertai dengan pembebasan beribu-ribu tahanan Palestin, sebagai pertukaran kepada tebusan yang ditahan oleh pejuang Hamas, kata diplomat tertinggi Britain, David Cameron di sini.

Sejak permulaan perang di Gaza, gencatan senjata selama seminggu telah diisytiharkan, pada akhir November.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD