fb fb fb fb fb

"Berjaya dan luar biasa", PM puji sambutan Hari Kebangsaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 31 Ogos lalu sebagai satu kejayaan luar biasa / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 2 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 31 Ogos lalu sebagai satu kejayaan luar biasa.

Sambutan tersebut turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang mempamerkan semangat patriotik yang memberi impak besar kepada negara.

"Kita bersyukur kerana sambutan kemerdekaan 2024 ini begitu menyemarakkan semangat rakyat, dan saya perhatikan sambutan itu hebat dan luar biasa di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini.

Anwar turut menyeru rakyat untuk menjadikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 sebagai peluang memperbaiki prestasi dalam semua bidang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN