fb fb fb fb fb

Berhenti, dibuang sekolah, bekerja jadi faktor utama tidak hadir SPM 2023

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah

IPOH, 4 Jun - Berhenti, dibuang sekolah serta bekerja antara faktor 655 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Perak tidak hadir menduduki peperiksaan tersebut.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menerusi sektor pembangunan murid turut mengenal pasti beberapa alasan lain yang menyumbang kepada masalah tersebut.

"Ada yang sudah bekerja terutama mereka ini di antara, anak-anak murid pasca COVID. Jadi semasa COVID itu mungkin mereka mencari pendapatan dan mereka merasa bekerja itu dah cukup menjana atau menyara kehidupan mereka. Jadi mereka tidak memikirkan tentang peperiksaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Hijrah Insaniah Yayasan Perak di Sekolah Izzuddin Shah, di sini.

Dalam pada itu, Khairudin turut memaklumkan pelan intervensi sedang dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Antaranya pelaksanaan program Ziarah Cakna dengan melawat pelajar yang culas hadir ke sekolah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN