JOHOR BAHRU, 10 Mac-Pengguna media sosial diingatkan agar lebih berhati-hati dalam setiap ungkapan dan perkongsian bagi mengelakkan ketegangan yang boleh mencetuskan perpecahan kaum serta menggugat perpaduan negara.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Dr. Nooh Gadot, menegaskan bahawa setiap agama menuntut penganutnya menolak kebencian dan mengamalkan kehidupan yang aman serta harmoni.
"Media sosial perlu digunakan dengan bijak dan beretika.
"Jangan mudah menyebarkan sesuatu berita tanpa menyemak kesahihannya, kerana ia boleh membawa kepada salah faham serta mencetuskan ketegangan dalam masyarakat," katanya.
Beliau turut mengingatkan agar masyarakat sentiasa mengamalkan adab dalam berhujah dan berbicara, menjaga sensitiviti agama, serta mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian negara.