fb fb fb fb fb

Berbaki satu bulan satu minggu lagi untuk semua kementerian habiskan belanjawan 2023- Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan

PONTIAN, 25 November- Kementerian Kewangan memaklumkan sebanyak 82 peratus belanjawan pembangunan dan 92 peratus belanjawan pengurusan untuk 26 kementerian telah dibelanjakan sehingga kini. 

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata baki sebanyak 18 peratus bagi pembangunan dan sembilan peratus pengurusan lagi  harus segera diselesaikan sehingga hujung tahun ini. 

"Peratus bajet pembangunan sudah diselesaikan oleh 26 kementerian, 92 peratus bajet pengurusan telah diselesaikan jadi saya ingin memaklumkan di sini kini tinggal satu bulan satu minggu sahaja lagi bagi kementerian keseluruhannya untuk menghabiskan seratus peratus belanjawan untuk tahun ini,"katanya.

Sementara itu mengenai teguran Ketua Audit Negara, beliau turut melahirkan kekesalan atas ketirisan yang berlaku dan meminta semua kementerian dan jabatan berusaha mengamalkan tatakelola berintergriti bagi mengatasi masalah ketirisan tersebut pada masa hadapan. 

Beliau berkata demikian selepas Program Kesedaran Kesihatan Jantung Komuniti Benut di Pontian.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE