fb fb fb fb fb

Beras Putih Malaysia Madani boleh sekat kartel - PM

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Cadangan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani dilihat mampu mengekang industri beras negara daripada campur tangan pihak kartel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menjelaskan, belum ada sebarang keputusan berhubung pelaksanaannya.

Tambah beliau lagi, perkara itu akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat.

“Tidak. Ini boleh sekat campur tangan kartel.

"Ia akan dibincangkan dalam NACCOL akan datang dan belum ada keputusan," ujarnya selepas melancarkan program Memperkasakan PKS, 'myimpact SME Hub' di Menara Maybank di sini.

Anwar mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendakwa beras putih tempatan tidak akan berada di pasaran, sekiranya Beras Putih Malaysia Madani diwujudkan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA