fb fb fb fb fb

Bengkel terbakar: Sembilan kenderaan musnah di Taman Beringin

FOTO BOMBA KL

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Sembilan buah kenderaan melibatkan empat buah kereta, sebuah lori dan empat buah motosikal musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Taman Beringin, Jinjang, sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, insiden tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 pada pukul 5.20 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera, selain turut dibantu pasukan dari BBP Manjalara dan BBP Sentul dengan jumlah 22 anggota.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta. Turut terlibat empat buah kereta, sebuah lori dan empat buah motosikal terbakar.

"Keluasan kebakaran 30x60 kaki persegi dan melibatkan 90 peratus kemusnahan," katanya dalam kenyataan

Kebakaran dapat dikawal pada pukul 5.48 pagi dan padam sepenuhnya pukul 6.01 pagi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA