fb fb fb fb fb

Bendung jangkitan COVID-19, KPT akan rujuk KKM

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 18 Disember- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan sentiasa merujuk Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membendung penularan jangkitan COVID-19 di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta susulan peningkatan kes tersebut.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sebarang tindakan universiti selepas ini perlu berasaskan kepada arahan dan keputusan KKM untuk dijadikan sebagai panduan.

"Saya telah memaklumkan beberapa hari lalu iaitu apa pun tindakan yang hendak dilakukan oleh pihak universiti hendaklah berasaskan KKM.

"Kita tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada KKM.

"Setiap perkara yang dinasihat dan diarah KKM, kita akan jadikan panduan untuk kita ikuti seterusnya," kata Zambry selepas majlis perasmian penutup pertandingan Debat Diraja Antara IPT 2023 Edisi-24 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM