fb fb fb fb fb

Belum ada sejarah faktor kejatuhan kerajaan kerana bantu rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

PUTRAJAYA, 28 Oktober - Kerajaan akan terus membantu rakyat, terutamanya kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha kerajaan berbelanja besar demi rakyat sama sekali tidak akan menyebabkan kerajaan jatuh, sebaliknya punca utama adalah akibat rasuah.

"Belum pernah tercatat, dalam lembaran sejarah mana-mana pemerintah itu kalah kerana membantu rakyat miskin atau naik gaji yang sepatutnya atau upah yang adil, tak pernah.

"Kerajaan jatuh kerana rasuah, penyelewengan, tamak haloba pimpinan, dan kaut harta yang bukan hak mereka dan kita elak hal sedemikian," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Perumahan Residensi Madani Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini.

Sebanyak 4,000 unit Residensi MADANI Putrajaya berkeluasan 800 kaki persegi dengan harga jualan RM200,000 akan siap dibina menjelang tahun 2028.

Ia merupakan salah satu usaha kerajaan membantu golongan sasar untuk memiliki kediaman yang selesa, persekitaran selamat, sihat dan sejahtera.

Trainee2