JOHOR BAHARU, 20 Februari- Belia di Johor disaran mengikuti program latihan teknikal dan vokasional (TVET) sekiranya tidak diterima untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, TVET memberi peluang baharu terutama potensi besar dalam bidang teknologi tinggi.
Menurut Aznin kolaborasi antara industri yang menggalakkan TVET juga berupaya menarik minat pelabur ke negeri itu.
Ia sekaligus mampu memenuhi keperluan tenaga kerja mahir.
"Jadi perkara itu kita harus pertingkatkan sepatutnya kerana kita mesti bersedia sebelum pelabur masuk kita daripada tenaga mahir.
"Sebab itu fokusnya anak-anak bangsa johor ini jika tidak lebih ruang, perlulah ambil TVET supaya memberi manfaat kepada mereka dan juga mengatur masa depan mereka", katanya yang ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di RTM Johor di sini.
Ini merupakan lawatan kerja rasmi pertamanya selaku exco pendidikan dan penerangan yang baharu, selepas dilantik menggantikan, Norlizah Noh, 13 Februari lalu.