fb fb fb fb fb

Belanjawan 2026 cerminan demokrasi sebenar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 7 Ogos - Pendekatan libat urus dalam penyediaan Belanjawan 2026 mencerminkan amalan demokrasi penyertaan yang sebenar apabila pandangan pelbagai pihak diambil kira sebelum dirumuskan dalam dasar negara.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaksanaan sesi libat urus itu membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat, termasuk pandangan kementerian, kesatuan dan pelbagai pemegang taruh sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

"Jadi ini bagi saya memberi makna apa dia demokrasi penyertaan. Dengan mendengar dan membuat beberapa penyesuaian dalam kerangka, baik belanjawan, sebagaimana berlaku dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). 

"Kita dengar daripada kementerian daripada cadangan-cadangan kesatuan, kemudian dirumuskan, dibalik bertahun sehingga dapat kita bentangkan sesuatu yang kita anggap bukan sahaja mewakili hasrat rakyat dan kepentingan negara," katanya dalam Ucapan Penutupan Majlis Libat Urus Belanjawan 2026, di sini. 

Sesi libat urus itu dihadiri hampir 300 individu yang mewakili insitusi penjawat awam, sektor industri, dewan perniagaan, teknokrat, pakar ekonomi, para ilmuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa. 

TETITIA YUSOFF