KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Sistem cukai yang dipermudah dan diperluas perlu jadi antara tumpuan utama Belanjawan 2025.
Menurut Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), ia penting dalam meningkatkan pematuhan dan menyokong pertumbuhan perniagaan.
Perusahaan kecil dan sederhana PKS khususnya, akan menerima manfaat daripada dasar cukai yang lebih jelas.
Manakala, asas cukai yang diperluas, merangkumi ekonomi digital akan memastikan sektor yang berkembang pesat, menyumbang secara adil kepada pendapatan negara.
Kesinambungan inisiatif hijau daripada belanjawan terdahulu juga perlu diteruskan, dengan memperkenal mekanisme penetapan harga karbon.
Memperluas pelepasan cukai untuk pelaburan dalam tenaga boleh baharu dan teknologi cekap tenaga, akan mendorong penyelesaian hijau dan peralihan kepada ekonomi rendah karbon.
Jelas persatuan itu, pelaksanaan dasar lebih berani penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi.